Monsoon 2012 (Update 11 pm): Penduduk berhampiran Sungai Kuantan seperti Sg Isap, Tanah Putih, Permatang Badak dan Cenderawasih diminta berjaga2 kerana air sungai mulai meningkat. Peningkatan ini disebabkan pertembungan air sungai dari hulu Kuantan dan fenomena air pasang dari laut yang berlaku malam ini setinggi 3.0 meter. Sumber dari Jabatan Saliran dan Peparitan (JPS).
Setelah hujan 13 jam, Kuantan dilanda banjir
24 Dis 2012
KUANTAN: Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir.
Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk.
Kenderaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.
24 Dis 2012
KUANTAN: Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir.
Banjir kilat di Kuantan yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk.
Kenderaan menjadi lebih buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi.
Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar,
Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih,
Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan
Pemetaan (JUPEM). Aktiviti harian orang ramai turut terjejas apabila kawasan pusat tumpuan orang ramai
yang seperti di Jalan Tun Ismail khususnya sekitar kompleks membeli belah Berjaya
Megamall dan Sri Dagangan turut dinaiki air.
Seorang penduduk Kuantan yang dihubungi Harakahdaily, Khairatul Solehah Khairul Anuar
memberitahu, beliau terperangkap selama satu jam sebelum berjaya keluar dari kawasan
Stadium Darul Makmur. Menurutnya, banyak kenderaan terperangkap di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang turut dinaiki air. "Nasib baik saya letak kereta dekat dengan stadium. Di situ sahaja yang selamat. Kalau parking di Padang MPK, memang tenggelam," katanya.
Beliau juga berkata, Pasar Besar Kuantan turut dimasuki air di beberapa bahagian. "Dalam pasar di kawasan jual barang basah, air naik. Jalan raya sangat sesak, lampu isyarat pula rosak," katanya lagi. Terminal Bas Makmur turut dinaiki air menyebabkan bas-bas terpaksa menunda waktu perjalanan seperti yang dijadualkan.